Pengurusan Pusaka dan Wasiat

Selepas berlaku kematian seseorang, proses yang perlu dilakukan adalah untuk mentransisikan harta si mati kepada waris yang masih hidup.

Proses inilah yang dinamakan sebagai Pengurusan pusaka.

Semasa hidup, semua aset kita dipanggil HARTA dan ianya milik orang yang ada dalam geran.

Selepas meninggal dunia, semua aset kita dipanggil PUSAKA dan ianya milik orang-orang yang menjadi waris kita.

Bagi muslim, waris-waris ini dinyatakan dan dipanggil waris faraid kerana ianya terikat dengan hukum hakam faraid yang dinyatakan dalam Quran ayat 11, 12 dan 176 surah Annisa’.

Bagi non-muslim terikat dengan undang-undang Akta Pengagihan (Distribution Act 1958).

Proses urus pusaka perlu dibuat segera agar ianya tidak dan juga supaya harta sempurna milik ditransisikan, serta tak berlaku bebanan generasi seterusnya.

Mungkin berlaku keadaan urus pusaka itu tidak dapat dilaksanakan atau terpaksa ditangguhkan kerana kekangan seperti masa, ilmu, wang dan juga kerjasama.

Kami menyediakan khidmat pengurusan pusaka bagi memudahkan anda..

Dapatkan Khidmat Urus Pusaka dan Wasiat Sekarang!