Takaful : Membantu Anda Di Waktu Sukar

Hadiah polisi untuk yang tercinta.

Sebenarnya lebih baik kita tanya dulu soalan ini kepada diri sendiri:

  1. Adakah aku perlukan takaful?
  2. Jika perlu, berapa pampasan yang diperlukan?
  3. Berapa lama tempoh masa plan takaful itu berakhir?

Kita yang lebih tahu hujung pangkal kewangan kita. Kita juga yang tahu kita ada berapa lebihan duit setiap bulan. Kita juga tahu berapa keperluan keluarga kita setiap bulan.

Selepas tuan dapat jawab sendiri 3 soalan ini, barulah pergi bertemu agen takaful.

Takaful Selamatkan Diri kita dari malapetaka kewangan

Fungsi takaful adalah untuk perlindungan kewangan sekiranya berlaku 3 jenis risiko ini:

  1. Death (Kematian)
  2. Disable (Lumpuh atau hilang upaya bekerja)
  3. Disease (Sakit Kritikal)

Sekiranya 3 perkara ini berlaku dalam hidup kita maka diri kita atau keluarga kita akan ditimpa malapetaka kewangan.

Kenapa saya sebutkan malapetaka kewangan?

Jika perkara tadi berlaku dalam hidup kita, maka kita menghadapi situasi ini:

  1. Tidak mampu bekerja.
  2. Kehilangan sumber pendapatan akibat tidak bekerja.
  3. Anak isteri kita hilang penyumbang sumber kewangan utama dalam famili.

Hidup masih perlu diteruskan walaupun kita lumpuh tidak mampu bekerja.

Mungkin masih ada hutang yang perlu dibayar seperti hutang kereta atau hutang rumah.

Perbelanjaan bulanan tak hilang masih tetap sama atau lebih kurang. Atau mungkin bertambah untuk cover kos rawatan alternatif.

Inilah musibah yang jika boleh kita ingin elakkan pada usia kita masih muda, pada usia kita dan isteri masih baru hendak mulakan simpanan untuk hari tua.

Ini contoh musibah yang melanda dalam berita akhbar. 

Musibah Penyakit Kritikal

Musibah Kematian

Musibah Lumpuh Kekal

Takaful Dapat Selesaikan Impak Ekonomi Yang Terjejas Teruk

Siapa patut ambil takaful hayat dahulu dalam sesebuah keluarga?

Sebelum saya jelaskan setiap jenis plan diatas, mari kita tengok siapa patut ambil takaful hayat dahulu dalam sesebuah keluarga.

Apabila mengambil takaful hayat, individu pertama yang perlu dilindung adalah pencari nafkah keluarga. Kemudian, barulah pasangan & anak-anak.

Ini kerana pencari nafkah adalah orang utama yang membawa pulang duit gaji/ income untuk keluarga.

Hilang duit gaji/ income pencari nafkah, maka hilanglah semua duit sara hidup sesebuah keluarga tersebut. Setuju?

Bayangkan andai pencari nafkah meninggal dunia, lumpuh atau terkena sakit kritikal seperti kanser, beliau automatik akan dibuang kerja.

Tiada majikan yang nak ambil pesakit kanser bekerja. Termasuk juga kalau pekerja tu dah lumpuh. Apatah lagi kalau dah mati. betul kan?

Jadi, bila tak boleh lagi kerja, tiada gaji, maka tiada income keluarga dan tiada lagi duit untuk sara keluarga. Keluarga miskin, papa kedana dan merempat.

Sebab tu pencari nafkah paling utama ambil takaful hayat dahulu. Bila jadi 3 musibah tersebut, ada pampasan wang sebagai ganti@backup kos sara hidup.

Pendek cerita, 

Musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal menyebabkan 2 impak kehidupan. 2 impak ini dipanggil Impak Emosi dan Impak Ekonomi atau dipanggil 2E’s.

Impak Emosi boleh diselesaikan dengan bersabar, berdoa dan lalui proses kaunseling. Manakala impak Ekonomi pula boleh diselesaikan dengan ambil Takaful Hayat.

2 Kaedah Apply Takaful

Saya bahagikan plan takaful kepada dua iaitu LIFE TAKAFUL dan MEDICAL KAD.

Kaedah Pertama: Life Takaful

Kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza. Life takaful, kita mendapat pampasan sekiranya berlaku kepada kita perkara seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

Kaedah Ke-2: Medical Kad

Medical card pula hanya membiayai kos rawatan di hospital.

Kenapa Anda Patut Dapatkan Perlindungan Takaful Dengan Saya?

Anda BEBAS Memilih TAKAFUL dari pelbagai syarikat takaful.

1. Sebagai Associates SHRfp- Financial Adviser Representative (FAR), saya membolehkan tuan untuk mengakses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan dari 7 Operator Takaful di Malaysia tanpa ada bias pada mana-mana Syarikat.

Ini bermaksud, Tuan dapat memilih takaful yang sesuai dengan keperluan Tuan dan bukan hanya memilih Takaful kerana brand sesuatu jenama takaful.

2. Tuan BEBAS boleh memilih Syarikat Takaful yang memberi perlindungan Takaful yang tuan dan keluarga perlukan mengikut bajet yang telah tuan tetapkan.

Dapatkan Pelan Takaful Tanpa Bias

Sudah Bersedia?