CARA BETUL PEMILIHAN TAKAFUL UNTUK ANDA & KELUARGA

Sebelum kita signup Takaful, sebaiknya tanya dulu soalan ini kepada diri sendiri:
1. Adakah aku perlukan takaful?
2. Jika perlu, berapa pampasan yang diperlukan?
3. Berapa lama tempoh masa plan takaful itu berakhir?

Kerana apa?

Kerana hanya kita yang lebih tahu cashflow kewangan kita. Kita juga yang tahu kita ada berapa lebihan duit setiap bulan. Kita juga tahu berapa keperluan keluarga kita setiap bulan.

Selepas anda dapat jawapan daripada 3 soalan ini, barulah pergi bertemu agen takaful.

Saya akan bantu anda langkah demi langkah bagaimana untuk ambil Takaful dengan cara yang betul dan mengikut keperluan anda.

 

KENAPA ANDA PERLU TAKAFUL?

Sebelum anda signup atau mengambil mana-mana Polisi Takaful, anda perlu tahu kenapa Takaful itu penting dan perlu ada untuk setiap orang.

Fungsi utama Takaful adalah untuk perlindungan kewangan sekiranya berlaku 3 risiko ini :

  1. Death (Kematian)
  2. Disable (Hilang Upaya Berkerja/Lumpuh)
  3. Disease (Sakit Kritikal)

Sekiranya 3 perkara ini berlaku dalam hidup kita maka diri kita atau keluarga kita akan ditimpa malapetaka kewangan. Kenapa saya sebutkan malapetaka kewangan?

Kerana jika perkara tadi berlaku dalam hidup kita, maka kita menghadapi situasi seperti :
1. Tidak mampu bekerja
2. Kehilangan sumber pendapatan akibat tidak bekerja
3. Anak isteri kita hilang penyumbang sumber kewangan utama
dalam keluarga.

Sedangkan hidup masih perlu diteruskan seperti biasa.

Masih ada hutang yang perlu dibayar.

Perbelanjaan harian dan bulanan masih tetap perlu diteruskan tapi mungkin akan ada penambahan kos perubatan dan rawatan kita pula.

Inilah musibah yang jika boleh kita ingin elakkan pada usia kita masih muda, pada usia kita dan isteri masih baru hendak mulakan simpanan untuk hari tua.

Saya ada kongsikan di Facebook saya tentang Golongan Asnaf & Miskin :

https://www.facebook.com/haslieyza.abdmutalib/posts/640319317060936

APAKAH PELAN TAKAFUL YANG SESUAI?

Jika kita signup Pelan Takaful yang sesuai ibarat kita memilih alat yang tepat.

Didalam Takaful saya suka bahagikan kepada 3 keperluan :

  1. Asset Preservation (Pengekalan Asset) – Contoh Medical card. Apabila kita sakit dan memerlukan rawatan hospital, dengan adanya Medical Card ada boleh membiayai kos rawatan di hospital tanpa perlu mencairkan Asset yang ada seperti wang simpan, KWSP dan sebagainya.
  2. Income Protection (Perlindungan Pendapatan) – kita mendapat pampasan sekiranya berlaku kepada kita perkara seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal dan pampasan tersebut boleh menggantikan sumber kewangan yang hilang.
  3. Debt Settlement (Penyelesaian Hutang) – Apabila berlakunya musibah seperti Sakit Kritikal, Pampasan Takaful boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang yang ada dikala kita kehilangan sumber pendapatan.

 

CARA UNTUK MENGAMBIL LIFE COVERAGE YANG BETUL

 

Formula Income Replacement

Ada 2 cara untuk untuk anda dapatkan perlindungan Takaful dengan betul mengikut keperluan anda.

Cara ini mengambil kira faktor pendapatan atau gaji bulanan anda.

Sebagai contoh, jika gaji kita adalah RM3,000, maka kita perlukan satu dana yang boleh memberi kita RM3,000 setiap bulan apabila berlaku 3 risiko musibah diatas.

Terdapat 2 cara untuk anda kira Income Replacement yang anda perlukan.

 

  1. Capital Liquidation (Pencairan Modal) 

Mengikut garis panduan LIAM (Life Insurance Association of Malaysia) ialah 10 tahun gaji.

Kenapa 10 tahun gaji?

Supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama 10 tahun.

Jadi ada masa 10 tahun sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi, untuk dia atau / dan keluarganya menerima pendapatan yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Jadi cara kiraannya adalah :

Gaji Anda x 12 bulan x 10 tahun = Nilai Pampasan
Contoh:
RM3,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000 (Ini nilai pampasan yang perlu anda ambil)

 

2. Capital Conservation Method (Pengekalan Modal) 

Kaedah ini, memerlukan pengiraan berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

Pasif income yang diperolehi adalah berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, jika dalam konteks Malaysia adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8%.

Sebagai contoh, jika kita letakkan di Tabung Haji/ASB yang boleh berikan dividen tahunan setinggi 7%, maka cara kiranya begini:

(Gaji Anda x 12 bulan) ÷ 7% = Nilai Pampasan
Contoh :
(RM3,000 x 12 bulan) ÷ 7% = RM514,286.

Dengan cara ini duit pampasan yang kita dapat itu tidak akan diusik kerana kita hanya menggunakan duit dividen sahaja untuk menampung perbelanjaan setiap tahun.

Sebaiknya jumlah Caruman bulanan jangan melebihi 10% daripada gaji bulanan.

Barulah anda rasa tidak terbeban untuk bayaran Takaful setiap bulan.

Inginkan Quotation tanpa bias daripada 7 Syarikat Takaful di Malaysia, boleh klik link :

https://haslieyzamutalib.com/takaful/

Atau klik link ini untuk direct bertanya dengan saya https://linktr.ee/haslizamutalib

Leave a Comment

Your email address will not be published.