Cara memulakan Pelaburan didalam Private Mandate
Ketahui cara & kaedah yang betul untuk melabur didalam Pelaburan Private Mandate supaya pelaburan anda dapat dibuat & diuruskan dengan baik.
Terdapat 2 kaedah untuk anda memulakan Pelaburan Private Mandate. Samada anda ingin memulakan dengan Tunai (Cash) atau tanpa Tunai (Menggunakan EPF Akaun 1) anda.
Baca sini Apa itu Pelaburan Private Mandate dan Kelebihannya : :https://haslieyzamutalib.com/2022/01/21/private-mandate-kelebihan-pelaburan-private-mandate/
Selama ini perlaburan paling biasa kita dengar adalah Unit Trust. Terutama sekali perlaburan melalui EPF. Untuk Perlaburan Private Mandate, hanya Marketing Representative (MR) yang berdaftar sahaja yang boleh tawarkan Pelaburan Private Mandate kepada orang awam.
Untuk menjadi seorang Marketing Representative Private Mandate Investment, anda perlu dapatkan terlebih dahulu lesen khas daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Setakat hari ini, didalam market, hanya ada lebih kurang 500 MR yang berdaftar sahaja, dan 210 MR berdaftar dibawah Phillip Capital Management.

“Saya telah melabur ke Dana Unit Trust. Bolehkah saya buka akaun Pelaburan dengan Private Mandate pula?”
Jawapannya’ “Boleh”.
Walaupun anda telah ada akaun pelaburan bersama Unit Trust sebelum ini, anda masih boleh diversifiedkan portfolio pelaburan anda dengan membuka akaun baru dengan Private Mandate Investment.
CARA MEMBUAT PELABURAN DIDALAM PRIVATE MANDATE
Pertama anda perlulah mencari Financial Planner atau Marketing Representative (MR) yang berdaftar.
Kedua, anda perlu buat keputusan untuk melabur secara Tunai atau melalui Account 1 (EPF) dan ianya tertakluk kepada Mandate yang anda pilih untuk melabur.
1. Melabur secara Tunai
Modal permulaan adalah serendah RM 5,000 sahaja dan hanya untuk Mandate Unit Trust dan boleh dilakukan secara online sahaja .
Jika anda berminat untuk melabur didalam Mandate yang melabur ke Bursa Saham, minima pelaburan adalah RM 50,000
2. Melabur menggunakan Akaun 1 (EPF/KWSP)
Minimum memulakan pelaburan melalui Akaun 1 adalah RM 5,000 untuk Mandate Unit Trust.
Manakala, minimum untuk memulakan perlaburan Mandate untuk Saham adalah RM 10,000.
Sekiranya, anda berminat untuk melabur ke Mandate Saham tetapi jumlah tidak cukup syarat kelayakkan, anda boleh mulakan pelaburan dengan Mandate Unit Trust dahulu dan selepas konsisten melabur secara “Quarterly” dan jumlah dana telah mencukupi sehingga RM 30,000, barulah anda boleh tukar mandate untuk Fund Manager membuat pelaburan ke Bursa Saham.

Untuk pengiraan jumlah kelayakkan anda untuk memulakan Pelaburan Private Mandate, anda boleh klik disini https://secure.kwsp.gov.my/…/withdrawal/investment…
CONTOH PORTFOLIO YANG SUDAH MELABUR DI PELABURAN PRIVATE MANDATE


Pada pendapat saya, Pelaburan Private Mandate adalah lebih telus dan flexible kerana pelabur sendiri boleh lihat transaksi pelaburan mereka dalam portal yang diberi atau menghubungi fund manager itu sendiri.
Apa pendapat anda pula tentang Pelaburan Private Mandate ini?
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan ingin memulakan pelaburan, boleh klik disini https://haslieyzamutalib.com/private-mandate/
atau klik link https://linktr.ee/haslizamutalib