PRIVATE MANDATE : APAKAH PELABURAN PRIVATE MANDATE?

Apa itu Pelaburan Private Mandate?

 

Pelaburan Private Mandate adalah satu instrumen pelaburan yang ditawarkan oleh Syarikat Pengurusan Pelaburan kepada pelabur yang diuruskan secara terus oleh Pengurus Dana Profesional yang berlesen dan berkelayakkan.

Proses pemilihan, pembelian dan penjualan dana & saham akan dilakukan sendiri atau secara direct oleh Profesional Fund Manager yang mewakili pelabur.

Hanya Marketing Representative yang berdaftar dan berlesen sah dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SIDC) sahaja yang dibolehkan untuk menawarkan Private Mandate Investment kepada orang awam dan pelabur.

Tugas SC adalah mengawal selia dan memastikan pertumbuhan pasaran sentiasa dilaksanakan dengan objektif untuk melindungi pelabur, termasuk inisiatif untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dan pelaburan mereka.

Maka, pastikan penasihat perlaburan anda mempunyai lesen sah sebelum meminta anda membuat perlaburan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM 10 Juta atau Dipenjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pastikan penasihat perlaburan anda adalah SAH dengan menyemak nama mereka disini :
https://www.sc.com.my/…/licensed-and-registered-persons

Private Mandate SC Registered
Saya adalah Marketing Representative yang berdaftar

Apakah kelebihan Pelaburan Private Mandate (Private Mandate Investment)?

👉 Ianya tidak tertakluk kepada 1 portfolio pelaburan sahaja. Pelabur boleh diversifiedkan pelaburan mereka kepada portfolio lain mengikut Risk Profile mereka.
👉 Diuruskan sendiri oleh Profesional Portfolio Manager atau Fund Manager.
Setiap mandate adalah berbeza Fund Managernya. Bukan agent.
👉 Pelaburan lebih transparent kepada investor yang mana setiap investor akan mendapat access portal mereka sendiri untuk melihat transaksi jual beli pelaburan mereka yang dibuat oleh Fund Manager.
👉 Perlabur didalam Private Mandate, pelabur adalah sebagai shareholder berbanding melabur diunit trust, pelabur hanya sebagai unit holder sahaja.
Jadi dengan pelaburan Private Mandate ini, pelabur atau investor tidak perlu pening untuk membuat analisa sendiri saham dan dana yang berpotensi.
Tahukah Anda..
Di Malaysia, ada lebih kurang 400 Dana Unit Trust (100++ Dana Syariah) dan lebih dari 20 Fundhouse yang menawarkan Dana-dana Unit Trust kepada pelabur.
Pelaburan Private Mandate
Contoh transaksi pelaburan pelabur Private Mandate

Persoalannya, sebagai pelabur, bagaimana anda ingin tahu Dana Unit Trust yang terbaik dan perform untuk mulakan perlaburan?

Adakah Dana yang banyak memenangi award?
Adakah Dana yang mendapat rating yang tinggi?
Adakah Dana yang harga murah?
Atau adakah Dana yang menawarkan free Insuran atau Takaful?

 

TIPS MULAKAN PELABURAN

 

1. TETAPKAN MATLAMAT PELABURAN

Sebelum membuat keputusan untuk melabur, pelabur telah mempunyai perancangan pelaburan masing-masing.
Perancangan pelaburan adalah bergantung kepada tahap risiko yang boleh diterima dan tempoh jangkaan pulangan pelaburan yang ingin dicapai.

Jika kita telah tetapkan pulangan pelaburan dalam tempoh 30 tahun, ikut perancangan awal. Turun naik pasaran adalah merupakan perkara biasa dalam pelaburan.

Ada pasaran yang jatuh ketika kegawatan ekonomi tetapi akan meningkat kembali apabila keadaan ekonomi pulih seperti sediakala.

 

2. PELBAGAIKAN PORTFOLIO PELABURAN (DIVERSIFICATION)

Jangan letakkan telur dalam satu bakul sahaja. Jika satu bakul jatuh, semua telur habis pecah dan tak boleh dimakan. Begitu juga halnya dengan pelaburan. Pelbagaikan portfolio pelaburan.

Sekurang-kurangnya risiko kerugian tidak terlalu terdedah. Kita boleh melabur dalam pelbagai sektor dan instrumen pelaburan.

Secara tidak langsung dapat mengelakkan kita panik jika pasaran sektor tertentu jatuh atau sedikit menurun.

 

3. MELABUR SECARA KONSISTEN 

Salah satu kaedah yang efektif dalam pelaburan jangka masa panjang adalah Dollar Cost Averaging (DCA). Teknik ini di mana kita akan sentiasa melabur sama ada ekonomi gawat atau ekonomi tengah berkembang.

Kebiasaannya teknik ini digunakan dalam pelaburan unit amanah di mana pelabur tidak perlu memikirkan berkenaan keadaan ekonomi semasa kerana objektifnya hanya mengumpul unit dan melabur secara konsisten.

Jika ekonomi tengah gawat dan harga pasaran jatuh, kita akan mendapat lebih banyak unit. Sebaliknya jika ekonomi tengah berkembang dan harga pasaran meningkat, kita akan mendapat unit yang sedikit.

 

4. KAWAL EMOSI

Dalam melabur kita perlu sentiasa bijak dalam mengawal emosi. Dah nama pun pelaburan, mesti ada risiko kerugian. Sabar adalah kunci utama dalam pelaburan.

Jangan terikut-ikut dengan orang lain. Ikut perancangan masing-masing. Sebab itu digalakkan belajar sebelum membuat pelaburan.

5. LANTIK PROFESIONAL PORTFOLIO MANAGER

Jika anda tidak punya masa untuk memantau pelaburan anda atau anda tidak punya ilmu mencukupi tentang pelaburan dan saham, anda punya alternatif lain iaitu dengan melantik Pakar Pelaburan atau Profesional Portfolio Manager untuk menguruskan dan memantau pelaburan anda.

Antaranya, anda boleh melabur didalam Private Mandate Investment. Dengan melabur didalam Private Mandate Investment, pelaburan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh mereka yang pakar.

Berminat melabur Private Mandate. Jom klik sini :https://haslieyzamutalib.com/private-mandate/

Leave a Comment

Your email address will not be published.